Rumusan
Dasar merupakan suatu kerangka, panduan, pelan,
strategi atau petunjuk yang dirancang untuk menterjemahkan wawasan kerajaan
kepada suatu program dan tindakan untuk mencapai hasrat yang diingini (Wawasan
- keputusan - tindakan). Mengapa perlu membuat dasar ? Terdapat banyak sebab :
janji politik, anjuran pihak dalaman, krisis serta merta, tanggungjawab
antarabangsa, penyesuaian atau penyelarasan program sedia ada dan sebagainya.
Dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan bertujuan untuk mendisiplin/ kawalan,
inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Dasar-dasar tersebut bermatlamat
untuk keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan dalam sektor
pendidikan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan
perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Pelaksanaan
dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang
ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada
peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan sekolah-sekolah (Top - Down). Guru-guru sebagai pelaksana perlulah
akur dengan dasar yang telah dibuat.
Comments
Post a Comment