D) Menilai Pelaksanaan Satu (1) Dasar Pendidikan Di Malaysia Dari Aspek Pelaksanaan Dan Pencapaian.
Dasar
yang telah saya nilai ialah Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S). Dasar 1 Murid 1 Sukan
ini merupakan satu program pembangunan yang mewajibkan setiap murid dari tahap
2 sekolah rendah hingga tingkatan 6 sekolah menengah mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan
sistematik di sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) merupakan dasar yang
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar 1M1S juga selaras dengan sukan Negara iaitu sukan untuk semua.
Dasar 1
Murid 1 Sukan (1M1S) ini juga menitikberatkan penglibatan murid dalam pelbagai
aktiviti dan peringkat sukan seperti permainan badminton, bola jarring, bola
tampar, ping- pong dan sebagainya. Dasar 1Murid 1 Sukan(1M1S) dapat menyumbang
penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi
dan meningkatkan nilai moral dan fizikal dalam diri murid-murid.Perkara ini
dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada murid untuk melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.Dasar
1Murid 1Sukan (1M1S) ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid bagi
mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang
kurang aktf.Dasar ini digubal bagi menyokong Falsafah Pendidikan Kebagsaan
(FPK) agar dapat membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar
penyertaan murid sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah serta memberi
peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi.
Dasar
1Murid 1 Sukan (1M1S) dibentuk bagi memenuhi naluri semula jadi murid-murid
dalam aktiviti fizikal dan membentuk
sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid. Ianya juga
perlu berteraskan kepada prinsip asas perkembangan fizikal murid.Selain itu,
dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) dilaksanakan bertujuan untuk membentuk budaya sukan
dalam kalangan murid.Dengan ini, budaya sukan dapat dibentuk dan dipupuk dalam
kalangan murid-murid.Prinsip pelaksanaannya adalah setiap murid termasuk murid
yang berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan juga wajib
mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Selain
itu,Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) dapat dilaksanakan dan dicapai melalui program
sukan yang dilakukan sepanjang tahun yang merangkumi sukan untuk semua dan
sukan untuk kecemerlangan melalui aktiviti sukan di setiap sekolah.Antara
program sukan yang dilaksanakan adalah program sukan umum yang diadakan
sepanjang tahun. Contohnya seperti sukan balapan dan padang, merentas desa
iaitu di mana semua murid-murid perlu melibatkan diri mereka dan mewakili rumah
sukan masing-masing dalam aktiviti sukan yang diadakan.Di samping itu, kelab
sukan dan permainan juga akan diadakan sepanjang tahun untuk mencapai objektif
1 Murid 1 Sukan (1M1S) di mana kelab sukan dan permainan ini memerlukan masa
selama 90 minit untuk sekolah menengah dan 60 minit untuk sekolah
rendah.Program ini juga memerlukan murid-murid untuk menghadiri latihan dalam
pelbagai sukan dan modified games.untuk mencapai objektif dasar 1 Murid 1 Sukan
(1M1S).
Seterusnya, program pertandingan dalaman juga turut dilaksanakan di
sekolah. Program pertandingan aktiviti dalaman ini merupakan pertandingan
antara rumah sukan , pertandingan kelas atau tingkatan dan pertandingan dorm di
antara asrama.Bagi murid yang mempunyai bakat dalam sukan pula, mereka akan
mewakili sesuatu sukan ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili daerah,
negeri dan negara.Dengan wujudnya program pelaksanaan ini, aktiviti sukan dapat
dicapai dan dimartabatkan hingga ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh
sukan negara yang digeruni.Melalui program sukan yang dilaksanakan ini, semua
matlamat dan objektif 1Murid 1Sukan (1M1S) dapat dilaksanakan dan dicapai
dengan jayanya.
Bulan
semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) banyak
membawa manfaat dan kebaikan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua
pihak harus memainkan peranan untuk memberi galakan kepada murid-murid sekolah
untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan dan dianjurkan oleh pihak
sekolah berkaitan dengan dasar 1Murid 1Sukan (1M1S). Di samping itu, pihak
sekolah juga perlu melaksanakan Dasar 1 Murid 1Sukan (1M1S) dengan sempurna
supaya segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai.
Comments
Post a Comment